hometext » AKTIVITI » Anugerah Tokoh Hak Asasi Manusia 2011 » Kategori Anugerah
Kategori Anugerah Kategori Anugerah

ANUGERAH TOKOH HAK ASASI MANUSIA 2011

 

KATEGORI ANUGERAH


1. Anugerah Komuniti (Individu)

Anugerah diberi kepada individu yang mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam mempromosi dan memajukan hak asasi manusia dalam komuniti Malaysia atas dasar bukan untuk keuntungan.

Pencalonan hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya dua dan tidak lebih dari lima mukasurat yang memberi contoh-contoh usaha yang dicapai oleh calon.


2. Anugerah Komuniti (Organisasi)

Anugerah diberi kepada satu badan bukan kerajaan atau badan masyarakat yang mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam mempromosi dan memajukan hak asasi manusia dalam komuniti Malaysia.

Suatu badan atau organisasi masyarakat adalah satu badan bukan untuk keuntungan (non-pfrofit) yang beroperasi di kalangan satu masyarakat setempat atau sebagai satu bahagian dalam satu kumpulan besar badan yang bukan untuk keuntungan.

Pencalonan hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya dua dan tidak lebih dari lima mukasurat yang memberi contoh-contoh usaha yang dicapai oleh calon.


3. Anugerah Media

Dianugerahkan kepada hasil kerja yang diterbitkan dalam majalah atau akhbar-akhbar Malaysia; atau untuk drama, berita atau program hal ehwal semasa, atau dokumentari yang disiarkan di TV atau radio pada dua atau tiga tahun sebelum ini, khususnya antara 31 Oktober 2010 dan 1 November2011 tetapi tidak terhad kepada tarikh tersebut.

Pencalonan mestilah mengupas, menyelidik pemikiran dan kejadian berkenaan isu hak asasi manusia yang kontemporari di Malaysia.

Tiga salinan hasil penerbitan - keratan akhbar atau majalah atau video atau DVD atau rakaman audio atau CD mestilah disertakan.