|
Ahli
Suruhanjaya SUHAKAM yang dilantik bagi sesi 2008/2010 ialah:
1.
Tan
Sri Abu Talib Othman - Pengerusi
2. Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun
- Naib Pengerusi
3. Datuk Dr. Chiam Heng Keng
4. Dr. Mohammad Hirman Ritom Abdullah
5. Tan Sri Dato' Asiah Abu Samah
6. Datuk Dr. Raj Abdul Karim
7. Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob
8. Dato' Choo Siew Kioh
9. Tunku Datuk Nazihah Tunku Mohamed Rus
10. Prof.Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
11. Dato' Muhammad Shafee Abdullah
12. Dato' Siva Subramaniam A/L Nagaratnam
13. Datuk Dr. Denison Jayasooria
14. Dato' Dr. Michael Yeoh Onn Kheng
.
15. Datin
Paduka Zaitoon Dato' Othman
16. Dato' Khalid Haji Ibrahim
TAN SRI ABU TALIB OTHMAN - PENGERUSI
Tan
Sri Abu Talib, seorang Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn,
mula berkhidmat dengan perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
Malaysia pada tahun 1962 dan telah berkhidmat dalam pelbagai
jawatan. Beliau telah dilantik sebagai Peguam Negara (PN)
Malaysia pada bulan September, 1980. Sebagai seorang pegawai
guaman dan PN, beliau telah mengambil bahagian dan mewakili
Malaysia pada Persidangan Undang-undang Laut, Persidangan
P.B.B mengenai Dadah Narkotik dan Pelarian, Kerjasama Undang-undang,
Persempadanan Tanah dan Extradisi. Setelah bersara dari jawatan
PN pada bulan Oktober 1993, beliau menjadi ahli Lembaga Pengarah
di beberapa syarikat kerajaan dan swasta. Pada tahun 1999,
beliau dilantik untuk mengendalikan satu siasatan awam dihadapan Suruhanjaya di Raja yang ditubuhkan
untuk menjalankan penyiasatan awam mengenai kecederaan yang
dialami oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim ketika dalam tahanan polis. Beliau telah dilantik
sebagai Pengerusi SUHAKAM pada bulan April 2002.
[kembali
ke atas]
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA SIMON SIPAUN - NAIB PENGERUSI
Tan
Sri Simon menerima Ijazah Sarjana Muda (Honours) dalam bidang
sains politik dan pentadbiran awam daripada Universiti Victoria,
Wellington, New Zealand pada tahun 1965. Beliau menghadiri
program lanjutan ijazah selama satu tahun dalam bidang kerajaan
dan pembangunan di Universiti Oxford, Englad pada tahun 1968/1969.
Beliau menyandang beberapa jawatan kanan di Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah termasuklah Pegawai Latihan Negeri, Setiausaha
Tetap, Kerajaan Tempatan, Kementerian Perhubungan dan Kerja
Raya, Kementerian Kewangan, Setiausaha Sumber Asli dan Timbalan
Setiausaha Negeri. Jawatan terakhir yang disandang beliau
sebelum bersara ialah Setiausaha Kerajaan Negeri dari tahun
1988 hingga 1993. Dari Oktober 1993 hingga November 2003,
beliau merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sabah. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi/Pengarah/Ahli
Lembaga dalam beberapa syarikat kerajaan dan swasta serta
agensi-agensi termasuklah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS),
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Universiti Malaysia
Sabah. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Panel
Penasihat Perpaduan Negara dari tahun 1996 hingga 2000. Beliau
kini bergiat cergas dalam berbagai-bagai pertubuhan kebajikan
dan khairat.
[kembali
ke atas]
DATUK DR. CHIAM HENG KENG
Dr. Chiam sebelum ini adalah merupakan Profesor Psikologi Sosial di Jabatan
Psikologi Pendidikan Universiti Malaya dan beliau menyandang jawatan tersebut selama lebih 13 tahun. Beliau menerima ijazah
dalam bidang kimia dari Universiti Malaya pada tahun 1965
dan seterusnya memperolehi Diploma Pendidikan dari Universiti
Singapura dan Sarjana Pendidikan dari Universiti Sydney sebelum
kembali ke alma maternya dengan memperolehi Ijazah Kedoktoran
pada tahun 1976. Sebagai seorang yang berwibawa di dalam bidang
psikologi kanak-kanak dan remaja dan pendidikan budak-budak
awalan tahun, beliau telah menulis beberapa buah buku dan
banyak artikel dalam bidang kepakarannya, isu-isu sosial dan
pendidikan, dan beliau juga adalah penyumbang ruang di Sunday
Star. Beliau berkhidmat di pelbagai jawatankuasa termasuk
Majlis Kebangsaan mengenai Lindungan Kanak-kanak, Lembaga
Pembangunan Kependudukan dan Keluarga, Majlis Penasihat Pusat
Sains Kebangsaan, Penasihat Majlis Kebangsaan Kanak-kanak
dan Penasihat bagi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat, Lembaga Akreditasi Kursus-kursus Latihan Penjagaan
Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Jawatankuasa
Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah.
[kembali
ke atas]
DR. MOHAMMAD HIRMAN RITOM ABDULLAH
Dr. Hirman menerima Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya pada tahun 1977 dan menjadi Fellow Kolej Pakar Bedah Edinburgh pada tahun 1983. Beliau memulakan perkhidmatan perubatannya di dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1977 dan berkhidmat di hospital Sarawak. Beliau meletak jawatan untuk menceburi sektor swasta pada tahun 1989 sebagai Pakar Runding Bedah dan mempunyai kliniknya sendiri iaitu Klinik Satok. Beliau merupakan Pakar Runding Bedah Pelawat di Pusat Perubatan Pakar Normah, ahli Majlis Islam Sarawak, ahli lembaga
Yayasan Jantung Sarawak, Yayasan Perubatan Normah dan juga ahli Yayasan Dharul Falah. Beliau adalah pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Al Hidayah Untuk Mualaf Muslim. Beliau merupakan Ahli Kumpulan Kerja Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ECOSOC) dan Kumpulan Kerja Kecil Orang Asal di SUHAKAM. Beliau juga merupakan Ahli Pasukan Penyiasatan SUHAKAM berkenaan Kesan Projek Hidroelektrik Bakun ke atas Populasi Orang Asal.
[kembali
ke atas]
TAN SRI DATO' ASIAH ABU SAMAH
Dato'
Asiah bersara sebagai Ketua Pengarah Pendidikan di Kementerian
Pendidikan dalam tahun 1993 selepas berkhidmat sebegitu lama
di dalam bidang pendidikan. Seorang graduan Universiti Malaya,
Singapura, beliau mula berkhidmat di dalam profesyen pendidikan
pada tahun 1961 dan mengajar di beberapa buah sekolah termasuklah
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dimana beliau berkhidmat sebagai
Pengetua dari tahun 1966 hingga 1970. Dalam tahun 1970, beliau
mula berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan di mana beliau
menyandang beberapa jawatan termasuk Pengarah Pusat Pembangunan
Kurikulum (1973 hingga 1987) dan Pengarah Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan dan akhirnya sebagai Ketua Pengarah
Pendidikan. Selepas bersara daripada jawatan Ketua Pengarah
Pendidikan, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Korporat
(Pendidikan) Land dan General Berhad. Beliau juga adalah seorang
ahli Lembaga Lang Education Sdn. Bhd., seorang Fellow Terbilang
ISIS dan Pengerusi di Lembaga Pengurusan Institut Antarabangsa
Perancangan Pendidikan UNESCO, Paris.
[kembali
ke atas]
DATUK DR. RAJ ABDUL KARIM
Datuk
Dr. Raj Abdul Karim sekarang ini menjadi Pengarah Rantau,
Persekutuan Perancang Keibubapaan Antarabangsa, Rantau Timur
dan Tenggara Asia. Suatu jawatan yang beliau sandang sejak
Oktober 1999. Dari tahun 1992 sehingga Oktober 1999, beliau
menyandang jawatan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara, Malaysia dan sebelum ini menjadi Pengarah,
Institut Kesihatan Awam, dan Penasihat kepada Persatuan Kesihatan
Ibu Mengandung dan Pascanatal Malaysia (MAMANEH) dan juga
Ahli Majlis Pertubuhan Wanita Rantau Pacific dan Tenggara
Asia (PPSEAWA). Beliau juga berkhidmat sebagai perunding dan
penasihat sementara di beberapa mesyuarat jawatankuasa WHO,
UNFPA, UNICEF dan UNESCAP dan seorang ahli Jawatankuasa Pakar
WHO mengenai Ibu-Ibu Mengandung dan Kanak-kanak dalam tahun-tahun
1980an dan 1990an. Beliau menjadi Pengerusi Suruhanjaya PBB
mengenai Pembangunan dan Kependudukan dari Mac 1998 hingga
1999 dan Naib Pengerusi dari Mac 1997 hingga Mac 1998.
[kembali
ke atas]
DATO' DR. ABDUL MONIR YAACOB
Dato'
Dr. Abdul Monir sekarang ini adalah Ketua Pengarah, Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Beliau menuntut di beberapa
buah sekolah agama termasuk Kolej Islam Malaya sebelum melanjutkan
pendidikannya di Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir. Selepas
itu beliau melanjutkan pelajaran di dalam bidang undang-undang
di Universiti London di mana beliau memperolehi Diploma Undang-undang
dan Sarjana Falsafah Undang-undang. Beliau bertukar ke Universiti
Kebangsaan Malaysia dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti
Pengajian Islam dan kemudiannya berkhidmat di Fakulti Undang-undang.
Beliau dianugerahkan kedoktorannya dari Unversiti Islam Antarabangsa
Malaysia pada tahun 1991.
[kembali
ke atas]
DATO' CHOO SIEW KIOH
Dato'
Choo Siew Kioh, seorang graduan dari Universiti Singapura,
mula berkhidmat di dalam perkhidmatan awam pada Oktober 1968
dengan penyertaan beliau dalam Perkhidmatan Diplomatik dan
Pentadbiran di Kementerian Luar Negeri. Beliau telah berkhidmat
dalam pelbagai jawatan termasuklah di hantar ke Filipina,
Thailand, Federal Republic of Germany dan Jepun. Pada tahun
1988, beliau dilantik buat kali pertama sebagai Duta ke Republik
Mali, dengan ditauliahkan serentak ke Senegal, Guinea dan
Gambia. Pada tahun 1989, beliau telah ditugaskan sebagai ahli
Delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu ke 44 (UNGA) di New York dimana beliau telah dipilih
sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kedua (Politik). Pada
tahun 1991, beliau telah dianugerahkan 'Order of the Sacred
Treasure' oleh Maharaja Akihito, Jepun, dan pada tahun 1997,
beliau dianugerahkan Datuk Paduka Mahkota Perak. Pada tahun
1995, beliau telah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Sweeden
dengan ditauliahkan serentak ke Finland, Norway dan Denmark
dan juga menjadi Duta ke Negeri-Negeri Soviet di Estonia,
Latvia dan Lithuania. Pada tahun 1999, beliau telah dilantik
sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, dengan ditauliahkan
serentak sebagai Duta Malaysia ke Kerajaan Nepal. Beliau bersara
dari Perkhidmatan Kementerian Luar pada December 2003.
[kembali
ke atas]
TUNKU DATUK NAZIHAH TUNKU MOHAMED RUS
Tunku Datuk Nazihah Tunku Mohamed Rus, seorang graduan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, mula berkhidmat di dalam perkhidmatan awam pada Mei 1969 dengan penyertaan beliau dalam Perkhidmatan Diplomatik dan Pentadbiran Malaysia dan berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuklah Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Malaysia di Bonn, Germany, Setiausaha Pertama di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Columbia, Sri
Lanka, dan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Dari tahun 1979 – 1984, beliau telah berkhidmat sebagai Penasihat Kedutaan di Kedutaan Besar Malaysia termasuklah di The Netherlands, Republik China, dan Indonesia. Pada tahun 1986, beliau telah ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Pengarah ASEAN I, Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Pada tahun 1989 beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh dan pada tahun 1992 sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, ditauliahkan serentak ke Niue dan Kepulauan Cook. Beliau telah dianugerahkan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan pada tahun 1991 dan Panglima Setia Diraja pada tahun 1999. Pada tahun 2001, beliau telah di lantik sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Republik Perancis dan ditauliahkan serentak ke Republik Portugal. Beliau telah dilantik menjadi seorang Pesuruhjaya SUHAKAM pada bulan Jun 2004.
[kembali
ke atas]
PROF.TAN SRI DR. KHOO KAY KIM
Biodata
akan dikemaskini.
[kembali
ke atas]
DATO'
MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH
Biodata
akan dikemaskini.
[kembali
ke atas]
DATO'
SIVA SUBRAMANIAM A/L NAGARATNAM
Dato'
Siva Subramaniam sekarang ini memegang Jawatan sebagai Penasihat
Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) dan Setiausaha Eksekutif Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP). Beliau menyertai perkhidmatan perguruan
sebagai seorang Guru pada tahun 1968 dan telah berkhidmat
selama 36 tahun serta telah memegang pelbagai jawatan termasuklah
Guru Besar dan Pegawai Pinjaman di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau telah dipilih sebagai Presiden CUEPACS pada tahun 1998.
Beliau memanfaatkan pengalamannya sebagai seorang pendidik
dan pengetahuannya mengenai kesatuan pekerja dalam pelbagai
pertubuhan termasuklah sebagai Ahli Lembaga Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), Ahli Jawatankuasa Pengajian Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Ahli Majlis Penasihat Buruh
Kebangsaan, Ahli Jawatankuasa PEMADAM, Ahli Majlis Tindakan
Ekonomi Negara (MTEN), Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara
II (MAPEN II) dan Ahli Jawatankuasa Majlis Teknologi Maklumat
Negara (NITC). Beliau juga telah membentangkan beberapa Kertas
Kerja di Antarabangsa termasuk ILO dan UNESCO. Sejak 1970,
Dato' Siva telah dipilih sebagai Pengerusi MBK AM dan Sokongan
dan telah memainkan peranan penting dalam rundingan mengenai
beberapa isu termasuklah syarat-syarat Perkhidmatan Gaji dan
Kakitangan Kerajaan semenjak tahun 1970.
[kembali
ke atas]
DATUK
DR. DENISON JAYASOORIA
Datuk
Dr Denison Jayasooria ialah seorang pemegang PhD dalam bidang
sosiologi dari Oxford Brookes University, United Kingdom.
Pada tahun 2006 beliau telah dianugerahkan dengan Darjah Panglima
Jasa Negara (PJN). Sepanjang perjalanan kareer,beliau telah
banyak melibatkan diri dengan organisasi bukan kerajaan(NGO)
seperti Methodist Church (Jun 1981 - Mei 1986), Malaysian
CARE (Jun 1986 -Dis1993), Foundation for Community Studies
& Development (Jan 1994 -Julai 1997) dan Yayasan Strategik
Sosial (Ogos 1997- Mei 2008). Beliau adalah seorang pakar
dalam bidang sosial, pergerakan komuniti, penyelidikan dasar
bagi kemiskinan urban, kembimbangan kaum-kaum minoriti terhadap
pengasingan sosial dan juga bagaimana untuk menjadikan perkhidmatan
sektor awam lebih efektif. Beliau telah berkhidmat di dalam
Suruhanjaya Polis Diraja yang telah ditubuhkan bagi tujuan
pembaikan pembaharuan operasi dan pengurusan Polis Diraja
Malaysia (2004-2005). Beliau juga merupakan ahli Majlis Perundingan
Ekonomi Negara Kedua(1999-2000). Belia juga kerap menjadi
panel di persidangan-persidangan, seminar dan juga beberapa
rancangan TV. Di SUHAKAM beliau adalah merupakan Pengerusi
bagi Kumpulan Kerja Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ECOSOC)
[kembali ke atas]
DATO'
DR. MICHAEL YEOH ONN KHENG

DATO’ DR. MICHAEL O.K. YEOH adalah merupakan salah seorang pengasas dan CEO bagi ASLI atau Asian Strategy and Leadership Institute, iatu sebuah kumpulan pemikir yang kerap kali mengadakan persidangan-persidangan dan mensyuarat- mensyarat diantara pegawai-pegawai kerajaan dan juka tokoh-tokoh perniagaan dan ahli-ahli pemikir. Sebagai CEO ASLI beliau telah mengasaskan forum-forum seperti World Ethics & Transparency Forum, the World Islamic Economic Forum, the ASEAN Leadership Forum dan juga Asia Economic Summit. Beliau juga telah mendirikan Centre for Public Policy Studies (CPPS) bagi tujuan menjalankan penyelidikan polisi-polisi awam.
Beliau juga telah menolong dalam mendirikan Majlis perniagaan Malaysia-Amerika( Malaysia-US Business Council), Majlis perniagaan Malaysia-British (Malaysian-British Business Council ) dan Majlis perniagaan Malaysia-Indonesia( Malaysian- Indonesia Business Council). Beliau juga adalah merupakan pengarah bagi Majlis perniagaan Malaysia-China (Malaysia-China Business Council), Persidangan Perniagaan ASEAN (ASEAN Business Forum) dan juga Corporate Malaysia Roundtable
Dato Yeoh mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan di bahagian kewangan selama 10 tahun iatu sebagai Penasihat Utama dan Penolong Presiden di Southern Bank.Beliau juga merupakan Pengarah bagi SB Venture Capital Corporation dan SBB Capital Markets Sdn Bhd. Beliau juga adalah merupakan ahli lembaga bagi SBB Asset Mamagement Company.
Beliau mempunyai pengalaman mendalam dalam bidang Perubatan dan Pendidikan . Beliau telah diamanahkan oleh Menteri kewangan untuk menjadi ahli lembaga pengarah bagi Institut Jantung Negara. Beliau ialah pengasas dan pengarah Prime College dan juga MSC-Syme Business school(ditubuhkan dengan kerjasama Monash Univesiti, Australia). Beliau juga pernah menjadi pengarah Sunway College dan sekarang adalah ahli majlis Unversiti Terbuka Wawasan.
Beliau adalah merupakan graduan Universiti Monash dalam bidang Ekonomi dan Perakaunan. Beliau telah menjalankan latihan pratikal di PriceWaterhouseCoopers di Melbourne. Beliau pernah menghadiri Aresty Institute of Wharton School in USA, Melbourne Business School dan UCLA’s Graduate School of Management. Sebagai Penasihat Pengurusan yang bertauliah beliau adalah pakar dalam bidang Corporate Strategic Planning, Asian Strategy dan Political Economy. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong-Presiden bagi Institute of Management Consultants dan juga Malaysian Institute of Director. Beliau adalah merupakan ahli bagi Institute of Directors,UK.
Beliau juga merupakan ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara Pertama dan Kedua. Beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri ke panel Penasihat Perpaduan Nasional dan juga
Suruhanjaya Diraja ke atas Polis. Beliau adalah merupakan Ahli Lembaga Amanah bagi National Unity Foundation dan World Islamic Economic Forum Foundation.
Dato’ Yeoh juga telah mengarang beberapa buah buku bertemakan Pengurusan, Kempimpinan dan Politik Malaysia. Antara buku-buku yang dikarang oleh beliau ialah Vision & Leadership, Management Strategies for Malaysian Companies, Globalization and the New
South and the Malaysian Chinese. Beliau juag sering dijemput untuk memberi ucpan di persidangan -persidangan antarabangsa yang dianjur oleh Asia Society New York, Young Presidents Organization, Institute of Southeast Asian Studies Singapore, Michigan Business School, Wilton Park UK, the Monash Asia Institute Australia dan juga Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
[kembali ke atas]
DATIN
PADUKA ZAITOON DATO' OTHMAN
Biodata
akan dikemaskini.
[kembali
ke atas]
DATO'
KHALID HAJI IBRAHIM
Biodata
akan dikemaskini.
[kembali ke atas] |