| UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta
597
AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA 1999
Tarikh
Persetujuan Diraja 27 Ogos 1999
Tarikh diterbitkan dalam Warta 9 September 1999
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN
I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
BAHAGIAN
II
PENUBUHAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
| Seksyen |
| 3.
|
Penubuhan Suruhanjaya |
| 4.
|
Fungsi dan kuasa Suruhanjaya |
| 5.
|
Anggota Suruhanjaya dan tempoh jawatan |
| 6. |
Pengerusi dan Naib Pengerusi |
| 7. |
Mesyuarat Suruhanjaya |
| 8. |
Saraan |
| 9. |
Pengosongan jawatan |
| 10. |
Kehilangan kelayakan |
| 11. |
Perletakan jawatan |
BAHAGIAN
III
KUASA SIASATAN SURUHANJAYA
| Seksyen |
| 12.
|
Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau
atas aduan |
| 13.
|
Tatacara jika pelanggaran tidak didedahkan atau didedahkan
|
| 14.
|
Kuasa yang berhubungan dengan siasatan |
| 15. |
Keterangan di hadapan Suruhanjaya |
BAHAGIAN
IV
KAKITANGAN SURUHANJAYA
| Seksyen |
| 16.
|
Pelantikan Setiausaha dan kakitangan |
| 17.
|
Pewakilan kuasa |
| 18.
|
Pelindungan anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya |
BAHAGIAN
V
AM
Seksyen
19. Dana
20. Pemakaian Akta 240
21. Laporan tahunan
22. Peraturan-peraturan
23. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia; untuk menyatakan kuasa dan fungsi
suruhanjaya itu bagi pelindungan dan pemajuan hak asasi manusia
di Malaysia; dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara
yang berkaitan dengannya atau bersampingan dengannya.
DIPERBUAT
oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Bahagian
I
PERMULAAN
Tajuk Ringkas dan permulaan kuat kuasa
| 1. |
(1) |
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia 1999. |
| |
(2) |
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan
dalam Warta. |
Tafsiran
| 2. |
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain - |
| |
"hak asasi manusia" merujuk kepada kebebasan
asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan
Persekutuan; |
| |
"Kerajaan"
ertinya Kerajaan Malaysia; |
| |
"Menteri"
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab
bagi hak asasi manusia. |
>>
Ke Atas Semula
Bahagian
II
PENUBUHAN
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
Penubuhan Suruhanjaya
| 3. |
(1) |
Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu Suruhanjaya hendaklah
dikenali sebagai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
("Suruhanjaya"). |
| |
(2) |
Suruhanjaya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan
yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai biasa,
yang boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan tertakluk
kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak
dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan
menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih
dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik,
memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis,
menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan
apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan
mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa
kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Suruhanjaya,
atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
|
| |
(3) |
Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu meterai biasa yang
mengandungi apa-apa peranti sebagaimana yang diluluskan
oleh Suruhanjaya dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar,
diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan
patut oleh Suruhanjaya. |
| |
(4) |
Meterai biasa itu hendaklah disimpan dalam jagaan Setiausaha
kepada Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi
kuasa oleh Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang
diberi kuasa oleh Suruhanjaya dan hendaklah disahkan oleh
Setiausaha atau orang lain yang diberi kuasa oleh Setiausaha
atau orang yang diberi kuasa itu secara bertulis. |
| |
(5) |
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang
berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai biasa itu,
yang disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subsekyen
(4), hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah
sehingga dibuktikan sebaliknya. |
| |
(6) |
Meterai biasa Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan
rasmi dan kehakiman. |
Fungsi
dan kuasa Suruhanjaya
| 4. |
(1) |
Bagi membantu melindungi dan memajukan hak asasi manusia
di Malaysia, fungsi Suruhanjaya adalah-
| (a) |
untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan
yang berhubungan dengan hak asasi manusia; |
| (b) |
untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan
perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran
dan mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah
diambil; |
| (c) |
untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan
penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan
surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak
asasi manusia; dan |
| (d) |
untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran
hak asasi manusia yang disebut dalam seksyen 12.
|
|
| |
(2) |
Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya boleh
menjalankan mana-mana atau kesemua kuasa yang berikut:
| (a) |
untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia
dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan
dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel
dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan
itu; |
| (b) |
untuk menasihati Kerajaan dan/atau pihak berkuasa
yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa
itu dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan/atau pihak
berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah
diambil; |
| (c) |
untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran
hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
|
| (d) |
untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang
ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan
tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
|
| (e) |
untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak
asasi manusia apabila perlu; dan |
| (f) |
untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain
yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang
berkuatkuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti
itu. |
|
| |
(3) |
Lawatan oleh Suruhanjaya ke mana-mana tempat tahanan di
bawah perenggan (2)(d) tidaklah boleh dihalang oleh orang
yang menjaga tempat tahanan itu jika tatacara yang diperuntukkan
oleh undang-undang yang mengawal selia tempat tahanan
itu dipatuhi. |
| |
(4) |
bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada
Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang
perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan. |
Anggota
Suruhanjaya dan tempoh jawatan
| 5. |
(1) |
Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada tidak lebih daripada
dua puluh orang anggota. |
| |
(2) |
Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong, atas syor Perdana Menteri. |
| |
(3) |
Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik daripada
kalangan tokoh terkenal termasuk mereka yang datang daripada
berbagai latar belakang agama dan kaum. |
| |
(4) |
Tiap-tiap anggota hendaklah memegang jawatan selama tempoh
dua tahun yang layak dilantik semula. |
Pengerusi
dan Naib Pengerusi
| 6. |
(1) |
Yang di-Pertuan Agong hendaklah menetapkan salah seorang
daripada anggota yang dilantik di bawah seksyen 5 menjadi
Pengerusi Suruhanjaya. |
| |
(2) |
Tempoh jawatan Pengerusi adalah selama tempoh keanggotaannya
dalam Suruhanjaya. |
| |
(3) |
Naib Pengerusi bolehlah dipilih oleh anggota Suruanjaya
daripada kalangan mereka sendiri. |
| |
(4) |
Jika Pengerusi Suruhanjaya atas apa-apa sebab tidak dapat
melaksanakan fungsi Pengerusi, atau semasa apa-apa tempoh
kekosongan jawatan Pengerusi , Naib Pengerusi hendaklah
melaksanakan fungsi Pengerusi. |
Mesyuarat
Suruhanjaya
| 7. |
(1) |
Pengerusi Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan kesemua
mesyuarat Suruhanjaya. |
| |
(2) |
Jika Pengerusi tidak menghadiri mesyuarat, Naib Pengerusi
Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu. |
| |
(3) |
Kuorum dalam semua mesyuarat ialah dua pertiga daripada
bilangan anggota Suruhanjaya. |
| |
(4) |
Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah berusaha untuk mencapai
segala keputusan mesyuarat secara sebulat suara yang jika
gagal, keputusan oleh majoriti dua pertiga anggota yang
hadir adalah dikehendaki. |
| |
(5) |
Suruhanjaya hendaklah menentukan perjalanan prosidingnya
sendiri. |
Saraan
| 8. |
(1) |
Pengerusi Suruhanjaya hendaklah dibayar saraan dan elaun
yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong. |
| |
(2) |
Tiap-tiap anggota Suruhanjaya hendaklah dibayar elaun
pada kadar yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
|
Pengosongan
Jawatan
| 9. |
Jawatan
seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong-
|
| |
| (a) |
apabila anggota itu mati |
| (b) |
apabila anggota itu meletakkan jawatan melalui surat
yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong; |
| (c) |
apabila tamat tempoh jawatannya; atau |
| (d) |
apabila anggota yang dipecat daripada jawatan atas
apa-apa alasan yang dinyatakan dalam seksyen 10.
|
|
Kehilangan
Kelayakan
| 10. |
Seseorang
anggota Suruhanjaya boleh dipecat daripada jawatan oleh
Yang di-Pertuan Agong jika- |
| |
| (a) |
anggota itu dihukum tak solven oleh mahkamah berbidang
kuasa berwibawa |
| (b) |
Yang di-Pertuan Agong, setelah berunding dengan
seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan
berdaftar, berpendapat bahawa anggota itu tidak
berupaya dari segi fizikal atau mental untuk terus
memegang jawatannya; |
| (c) |
Anggota itu tidak menghadiri tiga kali berturut-turut
mesyuarat Suruhanjaya tanpa mendapat kebenaran Suruhanjaya
atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
|
| (d) |
Yang di-Pertuan Agong, atas syor Perdana Menteri,
berpendapat bahawa anggota itu-
| (i) |
telah melibatkan diri dalam apa-apa jawatan
atau pekerjaan bergaji yang bercanggah dengan
kewajipannya sebagai seorang anggota Suruhanjaya;
|
| (ii) |
telah berkelakuan salah atau berkelakuan sedemikian
cara hingga mencemarkan nama Suruhanjaya;
atau |
| (iii) |
telah bertindak melanggar Akta ini dan bercanggah
dengan kewajipannya sebagai anggota Suruhanjaya.
|
|
|
Perletakan
Jawatan
| 11. |
Seseorang
anggota Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa meletakkan
jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan
Agong. |
>>
Ke Atas Semula
Bahagian
III
KUASA
SIASATAN SURUHANJAYA
Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau atas
aduan
| 12. |
(1) |
Suruhanjaya boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas
suatu aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya oleh orang
atau kumpulan orang yang terkilan atau sesorang yang bertindak
bagi pihak orang atau sekumpulan orang yang terkilan,
menyiasat pengataan mengenai pelanggaran hak asasi manusia
orang atau kumpulan orang itu. |
| |
(2) |
Suruhanjaya tidaklah boleh menyiasat apa-apa aduan yang
berhubungan dengan apa-apa pengataan hak asasi manusia
yang-
| (a) |
merupakan hal perkara apa-apa prosiding yang belum
selesai di mana-mana mahkamah , termasuklah apa-apa
rayuan; atau |
| (b) |
telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana
mahkamah |
|
| |
(3) |
Jika Suruhanjaya menyiasat suatu pengataan di bawah subseksyen
12(1) dan sementara penyelesaian siasatan itu, pengataan
itu menjadi hal mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah,
Suruhanjaya hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada
melakukan siasatan itu. |
Tatacara
jika pelanggaran tidak didedahkan atau didedahkan
| 13. |
(1) |
Jika sesuatu siasatan yang dijalankan oleh suruhanjaya
di bawah seksyen 12 tidak mendedahkan pelanggaran hak
asasi manusia . Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatan
itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang
yang membuat aduan itu. |
| |
(2) |
Jika sesuatu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya
di bawah seksyen 12 mendedahkan pelanggaran hak asasi
manusia. Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk merujuk
perkara itu, jika berkenaan , kepada pihak berkuasa atau
orang yang berkaitan itu dengan syor yang perlu. |
Kuasa
yang berhubungan dengan siasatan
| 14. |
(1) |
Suruhanjaya hendaklah , bagi maksud sesuatu siasatan di
bawah Akta ini, mempunyai kuasa-
| (a) |
untuk mendapatkan dan menerima segala keterangan,
bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang
sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan oleh
Suruhanjaya perlu atau patut didapatkan atau diperiksa; |
| (b) |
untuk menghendaki supaya keterangan itu, sama ada
bertulis atau lisan, mana-mana saksi dibuat dengan
bersumpah atau berikrar, sumpah atau ikrar itu yang
berupa sumpah atau ikrar itu yang dikehendaki daripada
saksi itu jika saksi itu memberikan keterangan dalam
mahkamah undang-undang, dan untuk mentadbirkan atau
menyebabkan ditadbirkan oleh seseorang pegawai yang
diberi kuasa bagi maksud itu oleh Suruhanjaya, suatu
sumpah atau ikrar kepada tiap-tiap saksi itu; |
| (c) |
Untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin
di Malaysia supaya menghadiri mana-mana mesyuarat
Suruhanjaya bagi memberikan keterangan atau mengemukakan
apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya,
dana atau memeriksa orang itu sebagai saksi atau
mengkehendaki mengemukakan apa-apa dokumen atau
benda lain yang ada di dalam miliknya; |
| (d) |
Untuk menerima, walau apa pun apa-apa peruntukan
Akta Keterangan 1950 [Akta 56], apa-apa keterangan,
sama ada bertulis atau lisan, yang tidak boleh diterima
dalam prosiding sivil atau jenayah; dan |
| (e) |
Untuk membenarkan atau tidak membenarkan orang ramai
mengikuti siasatan itu atau mana-mana bahagian siasatan
itu. |
|
| |
(2) |
Walau apa pun perenggan (1)(c), jika orang dipanggil ialah
seseorang yang berada dalam tahanan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain, saman itu hendaklah dikeluarkan
mengikut undang-undang yang terpakai yang berhubungan
dengan tempat tahanan itu. |
Keterangan
di hadapan Suruhanjaya
| 15. |
(1)
|
Sesorang
yang memberikan keterangan di hadapan Suruhanjaya hendaklah,
berkenaan dengan keterangan itu, berhak mendapat segala
keistimewaan yang berhak diberikan kepada seseorang saksi
yang memberikan keterangan di hadapan mahkamah undang-undang
berkenaan dengan keterangan yang diberikan olehnya di
hadapan mahkamah itu. |
| |
(2) |
Tiada seorang pun boleh, berkenaan dengan apa-apa keterangan,
bertulis atau lisan, yang diberikan oleh orang itu kepada
atau di hadapan Suruhanjaya, dikenakan apa-apa tindakan
atau prosiding, sivil atau jenayah dalam mana-mana mahkamah
kecuali apabila orang itu dipertuduh memberikan atau merekakan
keterangan palsu. |
>>
Ke Atas Semula
Bahagian
IV
KAKITANGAN
SURUHANJAYA
Pelantikan Setiausaha dan Kakitangan
| 16. |
(1) |
Suruhanjaya hendaklah melantik seorang Setiausaha kepada
Suruhanjaya |
| |
(2) |
Suruhanjaya boleh melantik pegawai dan perkhidmat lain
yang perlu bagi membantu Suruhanjaya menjalankan fungsinya
di bawah Akta ini. |
Pewakilan
Kuasa
| 17. |
Suruhanjaya boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai
yang disebut dalam subseksyen 16(2) mana-mana kuasanya,
dan pegawai yang kepadanya kuasa itu diwakilkan boleh
menjalankan kuasa itu tertakluk kepada arahan Suruhanjaya.
|
Pelindungan
anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya
| 18. |
(1) |
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding boleh
dimulakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Suruhanjaya
atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, atau pekhidmat
Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian
atau keingkaran yang telah dilakukan olehnya atas sifat
itu dengan syarat bahawa pada masa itu, dia menjalankan
fungsinya dengan suci hati. |
| |
(2) |
Mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya
tidaklah boleh dikehendaki mengemukakan dalam mana-mana
mahkamah, apa-apa dokumen yang diterima oleh, atau mendedahkan
kepada mana-mana mahkamah, apa-apa perkara atau benda
yang sampai kepada pengetahuan, Suruhanjaya dalam perjalanan
apa-apa siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya di bawah
Akta ini. |
| |
(3) |
Tiada tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah boleh
dimulakan dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana
anggota Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa laporan yang
dibuat oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini atau terhadap
mana-mana orang lain berkenaan dengan penyiaran oleh orang
itu suatu keterangan yang ada pada matanya benar mengenai
laporan itu. |
| |
(4) |
Bab IX dan X Kanun Keseksaan[Akta 574] hendaklah terpakai
bagi anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya seolah-olah
sebutan mengenai "pekhidmat awam" telah digantikan
dengan "anggota, pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya".
|
>>
Ke Atas Semula
Bahagian
V
AM
Dana
| 19. |
(1) |
Kerajaan hendaklah menyediakan bagi suruhanjaya, dana
yang mencukupi secara tahunan bagi membolehkan Suruhanjaya
menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. |
| |
(2) |
Suruhanjaya tidaklah boleh menerima apa-apa dana asing. |
| |
(3) |
Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh menerima
dana tanpa apa-apa syarat daripada mana-mana individu
atau pertubuhan hanya bagi maksud memupuk kesedaran dan
menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi
manusia sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya. |
| |
(4) |
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan akaun beraudit yang
sepatutnya mengenai pendapatan dan perbelanjaannya, dan
asset dan liabilitinya disimpan. |
| |
(5) |
Tahun kewangan Suruhanjaya ialah tahun kalendar. |
| |
(6) |
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya dalam
mana-mana tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah,
yang dibawa oleh atau terhadap Suruhanjaya di hadapan
mana-mana mahkamah hendaklah dibayar kepada, atau didapatkan
oleh, Suruhanjaya dalam mana-mana tindakan atau prosiding,
sivil atau jenayah, hendaklah dikreditkan ke dalam dana
Suruhanjaya. |
| |
(7) |
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh mana-mana anggota,
pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya, dalam mana-mana tindakan
atau prosiding sivil, yang dibawa terhadapnya dalam mana-mana
mahkamah berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan
atau berupa dilakukan olehnya di bawah Akta ini atau atas
arahan Suruhanjaya hendaklah dibayar daripada dana Suruhanjaya,
melainkan jika perbelanjaan itu didapatkan olehnya dalam
tindakan atau prosiding sivil itu. |
Pemakaian
Akta 240
| 20. |
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta
240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya. |
Laporan
tahunan
| 21. |
(1) |
Suruhanjaya hendaklah tidak terkemudian daripada mesyuarat
pertama Parlimen bagi tahun yang berikutnya, mengemukakan
suatu laporan tahunan kepada Parlimen mengenai segala
aktivitinya di sepanjang tahun yang dimaksudkan oleh laporan
itu. |
| |
(2) |
laporan itu hendaklah mengandungi suatu senarai segala
perkara yang dirujuk kepada Suruhanjaya, dan tindakan
yang diambil berkenaan dengannya berserta syor Suruhanjaya
berkenaan dengan setiap perkara itu. |
| |
(3) |
Suruhanjaya boleh, bila mana dianggapnya perlu berbuat
demikian, mengemukakan laporan khas kepada Parlimen berkenaan
dengan apa-apa perkara tertentu yang dirujuk kepadanya
dan tindakan yang diambil berkenaan dengan perkara itu.
|
Peraturan-peraturan
| 22. |
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud
menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini, termasuklah
menetapkan tatacara yang kena diikuti dalam menjalankan
siasatan di bawah Akta ini. |
Kuasa
untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib
| 23. |
(1) |
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa
peraturan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat
untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan
pekhidmat Suruhanjaya. |
| |
(2) |
Jika mana-mana peraturan tatatertib dibuat dibawah seksyen
ini, Suruhanjaya hendaklah menyebabkan notis mengenai
kuat kuasa peraturan-peraturan itu diberikan mengikut
apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi
membawanya kepada perhatian kesemua pegawai dan pekhidmat
Suruhanjaya yang tersentuh oleh peraturan-peraturan itu
dan peraturan-peraturan itu hendaklah, walau apa pun seksyen
19 dan 20 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], mempunyai
kuat kuasa sebaik sahaja notis itu diberikan tanpa disiarkan
dalam Warta. |
>>
Ke Atas Semula
|