Maklumkan tentang laman web ini
Carian dalam  

PENOLAK TUNTUTAN LAMAN WEB
- TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah terpakai dalam penggunaan laman web ini. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat ini. Sekiranya anda tidak menerima terma-terma dan syarat-syarat ini, anda mestilah berhenti daripada menggunakan laman web ini.


Istilah

Dalam terma-terma dan syarat-syarat laman web ini, penggunaan perkataan "kami" merujuk kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ('SUHAKAM'). "Anda" atau "pengguna" merujuk kepada sama ada pelawat atau ahli laman web ini.


Pindaan Terma-terma Dan Syarat-syarat

Kami berhak untuk membuat pindaan terhadap terma-terma dan syarat-syarat ini dari masa ke masa tanpa memberi sebarang notis pendahuluan. Pindaan yang dibuat akan berkuat kuasa serta-merta setelah ianya dipamerkan di laman web. Dengan menggunakan laman web ini, anda menyatakan persetujuan anda untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipinda.


Penolak Tuntutan

1. SUHAKAM ialah pemilik laman web SUHAKAM.
2. Kandungan laman web SUHAKAM adalah untuk tujuan memberi maklumat semata-mata. Penggunaan maklumat-maklumat dan data (dalam sebarang bentuk) adalah di atas risiko pengguna sendiri.
3. Maklumat dan data yang diterima oleh SUHAKAM daripada individu perseorangan yang dipamerkan di laman web ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau sokongan SUHAKAM terhadap pandangan atau pendapat yang dinyatakan di dalamnya.
4. Sementara SUHAKAM berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai di laman web ini, SUHAKAM tidak membuat sebarang penyataan, secara nyata atau tidak, berkenaan ketepatan maklumat dan data yang terkandung dalam laman web ini. Sekiranya anda bergantung kepada maklumat yang terkandung dalam laman web ini, anda bertanggungjawab untuk menentukan ketepatan, keterkinian, dan keterperinciannya dengan pengesahan sendiri.
5. SUHAKAM tidak menerima sebarang liabiliti terhadap sebarang kerugian atau kemusnahan, walau atas apa-apa sebab (termasuklah melalui kecuaian) yang mungkin anda hadapi, secara terus atau tidak, disebabkan anda menggunakan laman web ini atau mana-mana laman web pautan yang lain. Kami juga tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang berpunca daripada penggunaan dan kebergantungan anda terhadap maklumat dan data yang terkandung dalam laman web ini (termasuklah terjemahannya).
6. SUHAKAM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penerbitan semula maklumat dan data yang terkandung dalam laman web ini.
7. SUHAKAM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan atau kemusnahan ke atas komputer, perisian atau data pengguna yang terjadi disebabkan oleh penggunaan laman web ini atau mana-mana laman web pautannya.
8. SUHAKAM tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan laman web ini atas sebarang sebab pun.
9. SUHAKAM menolak liabiliti terhadap sebarang maklumat atau pesanan yang terkandung dalam e-kad yang telah dipamerkan atau yang dihantar oleh pengguna.
10. SUHAKAM berhak untuk mengubahsuai laman web ini. Pengubahsuaian ini akan dipamerkan di laman web, dan pengguna adalah dianggap telah dimaklumkan dan terikat dengan perubahan laman web ini.
11. Anda bersetuju bahawa SUHAKAM tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga terhadap sebarang pengubahsuaian, penggantungan dan pemberhentian laman web ini.


Hak Cipta
Hak cipta laman web ini (termasuk teks, grafik, logo, ikon dan rakaman bunyi) adalah milik atau dilesenkan kepada SUHAKAM. Selain daripada tujuan-tujuan yang dibenarkan di bawah Akta Hak Cipta 1987(Akta 332), anda tidak dibenarkan dalam apa-apa bentuk dan cara sekalipun:

1. mengambil, mengguna, menerbitkan semula, menyimpan, mengedarkan, mempamerkan, menerbitkan atau mencipta karya terbitan daripada mana-mana maklumat atau bahagian laman web ini;
2. mengkomersialkan sebarang maklumat, produk atau perkhidmatan yang diterima dari mana-mana bahagian laman web ini;

tanpa kebenaran kami.


Ahli-ahli

Untuk memungkinkan anda mempamerkan maklumat dalam forum perbincangan, anda mestilah menjadi ahli. Untuk menjadi ahli, anda mesti melengkapkan maklumat pendaftaran seperti mana yang dikehendaki di laman web ini.
Kami berhak untuk membatalkan keahlian anda pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi sebarang alasan pembatalan. Pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat membolehkan SUHAKAM membatalkan keahlian anda secara automatik.


Terma-terma Dan Syarat-syarat Ahli

Dengan mendaftar sebagai ahli, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat penolak tuntutan laman web ini dan juga terma-terma berikut:

1. Ahli bersetuju untuk memberi maklumat peribadi yang benar, tepat, terkini dan lengkap seperti yang diperlukan oleh borang pendaftaran SUHAKAM. Jika maklumat yang diberikan adalah palsu, tidak tepat, tidak terkini dan tidak lengkap, SUHAKAM berhak untuk menggantung atau membatalkan atau menolak sebarang penggunaan semasa atau penggunaan masa depan laman web ini (atau mana-mana bahagiannya);
2. Ahli akan menerima kata laluan dan akaun peribadi setelah melengkapkan proses pendaftaran. Ahli-ahli adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan kata laluan dan akaun masing-masing. SUHAKAM menyarankan agar anda tidak mendedahkan kata laluan dan maklumat akaun kepada sesiapapun memandangkan anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang dijalankan di bawah penggunaan kata laluan dan akaun anda;
3. Ahli-ahli boleh menghantar maklumat atau data dalam sebarang bentuk (selepas ini dirujuk sebagai "bahan-bahan") untuk dipamerkan di laman web ini. Ahli-ahli mengaku bahawa sebarang bahan yang dihantar ke forum perbincangan adalah dan akan dianggap SUHAKAM sebagai tidak sulit dan tidak dimiliki dan SUHAKAM boleh menggunakan bahan-bahan tersebut tanpa sekatan;
4. Ahli-ahli bersetuju bahawa bahan-bahan yang dipamerkan dalam forum perbincangan boleh dibaca oleh ahli-ahli serta pengguna yang lain;
5. Sebarang bahan yang dipamerkan oleh ahli-ahli boleh dikeluarkan oleh SUHAKAM daripada forum perbincangan pada bila-bila masa tanpa notis;
6. Ahli-ahli bersetuju untuk tidak menyalahgunakan laman web ini untuk memuat naik, mempamerkan, menghantar atau mengadakan bahan-bahan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, memudaratkan, mengugut, menyalah guna, mengganggu, memfitnah, ganas, lucah, berunsur libel, mencabuli privasi orang lain, berunsur kekauman, atau etnik yang boleh dibantahi;
7. Ahli-ahli bersetuju untuk tidak memuat naik, mempamerkan, menyalurkan atau mengadakan bahan-bahan yang melanggar paten, tanda dagangan, hak cipta atau lain-lain hak sebagai tuan punya oleh mana-mana pihak;
8. Ahli-ahli bersetuju untuk tidak memuat naik, mempamerkan, menyalurkan atau mengadakan bahan-bahan yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod komputer, fail atau program yang direka untuk mengganggu, memusnahkan atau menghadkan keupayaan berfungsi perisian atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi dan laman web;
9. Ahli-ahli bersetuju untuk tidak menerbitkan semula, menyalin, meniru, menjual tanda, menjual semula atau mengeksploitasi, untuk sebarang tujuan komersial, bahan-bahan yang terkandung dalam laman web ini sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya.
10. Semua maklumat yang dibekalkan oleh SUHAKAM dalam forum perbincangan adalah dibekalkan dengan niat baik dan untuk tujuan memberi maklumat secara umum.
11. SUHAKAM tidak bertanggungjawab atau memberi sebarang warranti bahawa bahan-bahan yang kami bekalkan di forum perbincangan adalah boleh dipercayai, tepat dan menyeluruh atau bahawa ahli-ahli yang mengakses ruangan forum perbincangan ini tidak akan menerima sebarang gangguan, sampai pada waktunya atau selamat. Ahli-ahli hendaklah membuat siasatan sendiri sebelum bertindak berdasarkan bahan-bahan yang terpamer di forum perbincangan.
12. SUHAKAM tidak memberi warranti bahawa ia akan memberi respons terhadap persoalan atau komen yang dihantar oleh ahli-ahli ke forum perbincangan.
13. SUHAKAM tidak memberi warranti bahawa apa-apa bahan yang dihantar ke forum perbincangan ini akan terlindung daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian oleh pihak-pihak ketiga.
14. SUHAKAM berhak untuk menolak untuk mempamerkan bahan yang dihantar oleh ahli-ahli. Sekiranya SUHAKAM memilih, atas budi bicaranya sendiri, untuk mempamerkan bahan di dalam forum perbincangan, SUHAKAM tidak memberi warranti bahawa bahan yang dihantar itu akan dipamerkan dalam sesuatu jangka masa tertentu.
15. SUHAKAM berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, forum perbincangan ini dengan atau tanpa memberikan sebarang notis.


Polisi Privasi Keahlian

1. Polisi Privasi Keahlian ini meliputi pengendalian SUHAKAM terhadap maklumat peribadi yang dikumpulkan semasa anda melayari laman web dan semasa anda menggunakan perkhidmatan laman web SUHAKAM.
2. Kami mengumpul maklumat peribadi apabila anda, 'pengguna' mendaftar sebagai ahli atau melawat laman web ini. SUHAKAM akan, secara automatik, menerima dan merekodkan maklumat dalam server log kami daripada penyemak imbas anda termasuklah alamat Protokol Internet (IP) dan laman yang dilawati.
3. Kami akan memastikan sedaya upaya maklumat yang dikumpulkan atau yang diberikan kepada kami adalah sulit, walau bagaimanapun kami tidak dapat menjamin keselamatan semasa maklumat dipindahkan.
4. Kami tidak akan mendedahkan maklumat persendirian anda kepada mana-mana organisasi luar atau mana-mana individu kecuali sekiranya kami mendapat persetujuan anda atau sekiranya kami terikat di sisi undang-undang sama ada melalui sepina, waran atau lain-lain proses perundangan yang SUHAKAM dapati, atas budi bicaranya sendiri, adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.
5. Kami mungkin menggunakan "cookies" bagi membolehkan anda untuk melayari kawasan khas laman web ini. Bagi memperbaiki laman web dan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik, kami menggunakan "cookies" untuk mengesan lawatan anda dan memudahkan pergerakan anda dalam laman web kami. "Cookie" adalah data kecil yang disimpan oleh penyemak imbas anda dalam perkakasan komputer. Cookie tidak mengesan anda secara peribadi tetapi ia hanya mengesan komputer anda. Anda boleh menetapkan supaya penyemak imbas anda memaklumkan kepada anda apabila ia mengesan cookie dan ini akan memberi peluang kepada anda sama ada untuk menerima atau menolak cookie dalam sesuatu masa.
6. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menjemput anda untuk menyertai kajian atau lain-lain aktiviti yang kami fikir mungkin sesuai dengan minat anda.
7. SUHAKAM berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa meminda polisi ini tanpa sebarang notis. Pindaan akan dipamerkan di laman web dan pengguna adalah dianggap telah dimaklumkan dan terikat dengan pindaan tersebut.


Laman Web Pautan
Laman web ini mengandungi pautan ke laman web yang lain. Pautan yang disediakan adalah untuk kemudahan atau makluman sahaja dan mungkin tidak dikemas kini atau diselenggarakan. Kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan atau amalan privasi yang dipraktikkan oleh laman web pautan ini. Pautan kami ke laman web pautan tidak harus dianggap sebagai sokongan, pengesahan atau saranan SUHAKAM terhadap pemilik atau pengendali laman-laman web tersebut atau apa-apa maklumat, grafik, bahan-bahan, produk atau perkhidmatan yang dirujuk atau terkandung dalam laman-laman web pautan tersebut, kecualilah jika sebaliknya dinyatakan.


Pembatalan Akses

Akses ke laman web ini boleh kami dibatalkan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Penolak tuntutan kami, walau bagaimanapun akan tetap berkuat kuasa.


Undang-undang
Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.


Penggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada Penolak Tuntutan Laman Web pihak SUHAKAM

Terkini

Keahlian Web
 
ID Keahlian
 
 
Katalaluan
 
   
  Daftar Sekarang
  Kenapa Mendaftar?
  Terlupa Katalaluan?
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Tingkat 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia.
Hakcipta © 2008 SUHAKAM. Semua hakcipta terpelihara. Untuk sebarang komen, hantarkan e-mel anda ke admin@suhakam.org.my
Terbaik dengan paparan resolusi 800 x 600 dan IE 5 atau ke atas.