hometext » INFO SUHAKAM » Kumpulan Kerja/ Jawatankuasa » CIWG
CIWG CIWG

KUMPULAN KERJA ADUAN DAN SIASATAN (CIWG)

Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan diberi tugas "menyiasat aduan mengenai pencabulan hak asasi manusia," iaitu tugas keempat SUHAKAM yang ditetapkan dalam Seksyen 4(1)(d) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

Fungsi CIWG:

  • Mempertimbangkan aduan yang diterima daripada orang ramai untuk menentukan samada pencabulan hak asasi manusia telah berlaku.
  • Menyiasat aduan-aduan di mana pencabulan ke atas hak asasi manusia berlaku.
  • Mencadangkan kepada pihak-pihak berkuasa langkah-langkah yang sesuai diambil bagi mengatasi pencabulan hak asasi manusia.
  • Melawat tempat-tempat tahanan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang berkaitan dengan tempat-tempat tahanan dan untuk memberi cadangan yang berkenaan.