Tan Sri Abu Talib, seorang Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn, mula berkhidmat dengan perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia pada tahun 1962 dan telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan. Beliau telah dilantik sebagai Peguam Negara (PN) Malaysia pada bulan September, 1980. Sebagai seorang pegawai guaman dan PN, beliau telah mengambil bahagian dan mewakili Malaysia pada Persidangan Undang-undang Laut, Persidangan P.B.B mengenai Dadah Narkotik dan Pelarian, Kerjasama Undang-undang, Persempadanan Tanah dan Extradisi. Setelah bersara dari jawatan PN pada bulan Oktober 1993, beliau menjadi ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat kerajaan dan swasta. Pada tahun 1999, beliau dilantik untuk mengendalikan satu siasatan awam dihadapan Suruhanjaya di Raja yang ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan awam mengenai kecederaan yang dialami oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi SUHAKAM pada bulan April 2002.
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA SIMON SIPAUN - NAIB PENGERUSI
Tan Sri Simon menerima Ijazah Sarjana Muda (Honours) dalam bidang sains politik dan pentadbiran awam daripada Universiti Victoria, Wellington, New Zealand pada tahun 1965. Beliau menghadiri program lanjutan ijazah selama satu tahun dalam bidang kerajaan dan pembangunan di Universiti Oxford, Englad pada tahun 1968/1969. Beliau menyandang beberapa jawatan kanan di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah termasuklah Pegawai Latihan Negeri, Setiausaha Tetap, Kerajaan Tempatan, Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Setiausaha Sumber Asli dan Timbalan Setiausaha Negeri. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum bersara ialah Setiausaha Kerajaan Negeri dari tahun 1988 hingga 1993. Dari Oktober 1993 hingga November 2003, beliau merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi/Pengarah/Ahli Lembaga dalam beberapa syarikat kerajaan dan swasta serta agensi-agensi termasuklah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Universiti Malaysia Sabah. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Panel Penasihat Perpaduan Negara dari tahun 1996 hingga 2000. Beliau kini bergiat cergas dalam berbagai-bagai pertubuhan kebajikan dan khairat.
Jabatan Psikologi Pendidikan Universiti Malaya dan beliau menyandang jawatan tersebut selama lebih 13 tahun. Beliau menerima ijazah dalam bidang kimia dari Universiti Malaya pada tahun 1965 dan seterusnya memperolehi Diploma Pendidikan dari Universiti Singapura dan Sarjana Pendidikan dari Universiti Sydney sebelum kembali ke alma maternya dengan memperolehi Ijazah Kedoktoran pada tahun 1976. Sebagai seorang yang berwibawa di dalam bidang psikologi kanak-kanak dan remaja dan pendidikan budak-budak awalan tahun, beliau telah menulis beberapa buah buku dan banyak artikel dalam bidang kepakarannya, isu-isu sosial dan pendidikan, dan beliau juga adalah penyumbang ruang di Sunday Star. Beliau berkhidmat di pelbagai jawatankuasa termasuk Majlis Kebangsaan mengenai Lindungan Kanak-kanak, Lembaga Pembangunan Kependudukan dan Keluarga, Majlis Penasihat Pusat Sains Kebangsaan, Penasihat Majlis Kebangsaan Kanak-kanak dan Penasihat bagi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Lembaga Akreditasi Kursus-kursus Latihan Penjagaan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Jawatankuasa Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah.
Dr. Hirman menerima Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya pada tahun 1977 dan menjadi Fellow Kolej Pakar Bedah Edinburgh pada tahun 1983. Beliau memulakan perkhidmatan perubatannya di dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1977 dan berkhidmat di hospital Sarawak. Beliau meletak jawatan untuk menceburi sektor swasta pada tahun 1989 sebagai Pakar Runding Bedah dan mempunyai kliniknya sendiri iaitu Klinik Satok. Beliau merupakan Pakar Runding Bedah Pelawat di Pusat Perubatan Pakar Normah, ahli Majlis Islam Sarawak, ahli lembaga Yayasan Jantung Sarawak, Yayasan Perubatan Normah dan juga ahli Yayasan Dharul Falah. Beliau adalah pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Al Hidayah Untuk Mualaf Muslim. Beliau merupakan Ahli Kumpulan Kerja Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ECOSOC) dan Kumpulan Kerja Kecil Orang Asal di SUHAKAM. Beliau juga merupakan Ahli Pasukan Penyiasatan SUHAKAM berkenaan Kesan Projek Hidroelektrik Bakun ke atas Populasi Orang Asal
Dato' Asiah bersara sebagai Ketua Pengarah Pendidikan di Kementerian Pendidikan dalam tahun 1993 selepas berkhidmat sebegitu lama di dalam bidang pendidikan. Seorang graduan Universiti Malaya, Singapura, beliau mula berkhidmat di dalam profesyen pendidikan pada tahun 1961 dan mengajar di beberapa buah sekolah termasuklah Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dimana beliau berkhidmat sebagai Pengetua dari tahun 1966 hingga 1970. Dalam tahun 1970, beliau mula berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan di mana beliau menyandang beberapa jawatan termasuk Pengarah Pusat Pembangunan Kurikulum (1973 hingga 1987) dan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan akhirnya sebagai Ketua Pengarah Pendidikan. Selepas bersara daripada jawatan Ketua Pengarah Pendidikan, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Korporat (Pendidikan) Land dan General Berhad. Beliau juga adalah seorang ahli Lembaga Lang Education Sdn. Bhd., seorang Fellow Terbilang ISIS dan Pengerusi di Lembaga Pengurusan Institut Antarabangsa Perancangan Pendidikan UNESCO, Paris.
Datuk Dr. Raj Abdul Karim sekarang ini menjadi Pengarah Rantau, Persekutuan Perancang Keibubapaan Antarabangsa, Rantau Timur dan Tenggara Asia. Suatu jawatan yang beliau sandang sejak Oktober 1999. Dari tahun 1992 sehingga Oktober 1999, beliau menyandang jawatan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia dan sebelum ini menjadi Pengarah, Institut Kesihatan Awam, dan Penasihat kepada Persatuan Kesihatan Ibu Mengandung dan Pascanatal Malaysia (MAMANEH) dan juga Ahli Majlis Pertubuhan Wanita Rantau Pacific dan Tenggara Asia (PPSEAWA). Beliau juga berkhidmat sebagai perunding dan penasihat sementara di beberapa mesyuarat jawatankuasa WHO, UNFPA, UNICEF dan UNESCAP dan seorang ahli Jawatankuasa Pakar WHO mengenai Ibu-Ibu Mengandung dan Kanak-kanak dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an. Beliau menjadi Pengerusi Suruhanjaya PBB mengenai Pembangunan dan Kependudukan dari Mac 1998 hingga 1999 dan Naib Pengerusi dari Mac 1997 hingga Mac 1998.
Dato' Dr. Abdul Monir sekarang ini adalah Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Beliau menuntut di beberapa buah sekolah agama termasuk Kolej Islam Malaya sebelum melanjutkan pendidikannya di Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di dalam bidang undang-undang di Universiti London di mana beliau memperolehi Diploma Undang-undang dan Sarjana Falsafah Undang-undang. Beliau bertukar ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam dan kemudiannya berkhidmat di Fakulti Undang-undang. Beliau dianugerahkan kedoktorannya dari Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1991
Dato' Choo Siew Kioh, seorang graduan dari Universiti Singapura, mula berkhidmat di dalam perkhidmatan awam pada Oktober 1968 dengan penyertaan beliau dalam Perkhidmatan Diplomatik dan Pentadbiran di Kementerian Luar Negeri. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuklah di hantar ke Filipina, Thailand, Federal Republic of Germany dan Jepun. Pada tahun 1988, beliau dilantik buat kali pertama sebagai Duta ke Republik Mali, dengan ditauliahkan serentak ke Senegal, Guinea dan Gambia. Pada tahun 1989, beliau telah ditugaskan sebagai ahli Delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 44 (UNGA) di New York dimana beliau telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kedua (Politik). Pada tahun 1991, beliau telah dianugerahkan 'Order of the Sacred Treasure' oleh Maharaja Akihito, Jepun, dan pada tahun 1997, beliau dianugerahkan Datuk Paduka Mahkota Perak. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Sweeden dengan ditauliahkan serentak ke Finland, Norway dan Denmark dan juga menjadi Duta ke Negeri-Negeri Soviet di Estonia, Latvia dan Lithuania. Pada tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, dengan ditauliahkan serentak sebagai Duta Malaysia ke Kerajaan Nepal. Beliau bersara dari Perkhidmatan Kementerian Luar pada December 2003.
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, mula berkhidmat di dalam perkhidmatan awam pada Mei 1969 dengan penyertaan beliau dalam Perkhidmatan Diplomatik dan Pentadbiran Malaysia dan berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuklah Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Malaysia di Bonn, Germany, Setiausaha Pertama di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Columbia, Sri Lanka, dan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Dari tahun 1979 – 1984, beliau telah berkhidmat sebagai Penasihat Kedutaan di Kedutaan Besar Malaysia termasuklah di The Netherlands, Republik China, dan Indonesia. Pada tahun 1986, beliau telah ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Pengarah ASEAN I, Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Pada tahun 1989 beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh dan pada tahun 1992 sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, ditauliahkan serentak ke Niue dan Kepulauan Cook. Beliau telah dianugerahkan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan pada tahun 1991 dan Panglima Setia Diraja pada tahun 1999. Pada tahun 2001, beliau telah di lantik sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Republik Perancis dan ditauliahkan serentak ke Republik Portugal. Beliau telah dilantik menjadi seorang Pesuruhjaya SUHAKAM pada bulan Jun 2004.
Dato' Siva Subramaniam sekarang ini memegang Jawatan sebagai Penasihat Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Setiausaha Eksekutif Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Beliau menyertai perkhidmatan perguruan sebagai seorang Guru pada tahun 1968 dan telah berkhidmat selama 36 tahun serta telah memegang pelbagai jawatan termasuklah Guru Besar dan Pegawai Pinjaman di Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau telah dipilih sebagai Presiden CUEPACS pada tahun 1998. Beliau memanfaatkan pengalamannya sebagai seorang pendidik dan pengetahuannya mengenai kesatuan pekerja dalam pelbagai pertubuhan termasuklah sebagai Ahli Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahli Jawatankuasa Pengajian Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Ahli Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, Ahli Jawatankuasa PEMADAM, Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara II (MAPEN II) dan Ahli Jawatankuasa Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC). Beliau juga telah membentangkan beberapa Kertas Kerja di Antarabangsa termasuk ILO dan UNESCO. Sejak 1970, Dato' Siva telah dipilih sebagai Pengerusi MBK AM dan Sokongan dan telah memainkan peranan penting dalam rundingan mengenai beberapa isu termasuklah syarat-syarat Perkhidmatan Gaji dan Kakitangan Kerajaan semenjak tahun 1970.
Datuk Dr Denison Jayasooria ialah seorang pemegang PhD dalam bidang sosiologi dari Oxford Brookes University, United Kingdom. Pada tahun 2006 beliau telah dianugerahkan dengan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN). Sepanjang perjalanan kareer,beliau telah banyak melibatkan diri dengan organisasi bukan kerajaan(NGO) seperti Methodist Church (Jun 1981 - Mei 1986), Malaysian CARE (Jun 1986 -Dis1993), Foundation for Community Studies & Development (Jan 1994 -Julai 1997) dan Yayasan Strategik Sosial (Ogos 1997- Mei 2008). Beliau adalah seorang pakar dalam bidang sosial, pergerakan komuniti, penyelidikan dasar bagi kemiskinan urban, kembimbangan kaum-kaum minoriti terhadap pengasingan sosial dan juga bagaimana untuk menjadikan perkhidmatan sektor awam lebih efektif. Beliau telah berkhidmat di dalam Suruhanjaya Polis Diraja yang telah ditubuhkan bagi tujuan pembaikan pembaharuan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia (2004-2005). Beliau juga merupakan ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua(1999-2000). Belia juga kerap menjadi panel di persidangan-persidangan, seminar dan juga beberapa rancangan TV. Di SUHAKAM beliau adalah merupakan Pengerusi bagi Kumpulan Kerja Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ECOSOC)
DATO’ DR. MICHAEL O.K. YEOH adalah merupakan salah seorang pengasas dan CEO bagi ASLI atau Asian Strategy and Leadership Institute, iatu sebuah kumpulan pemikir yang kerap kali mengadakan persidangan-persidangan dan mensyuarat- mensyarat diantara pegawai-pegawai kerajaan dan juka tokoh-tokoh perniagaan dan ahli-ahli pemikir. Sebagai CEO ASLI beliau telah mengasaskan forum-forum seperti World Ethics & Transparency Forum, the World Islamic Economic Forum, the ASEAN Leadership Forum dan juga Asia Economic Summit. Beliau juga telah mendirikan Centre for Public Policy Studies (CPPS) bagi tujuan menjalankan penyelidikan polisi-polisi awam. Beliau juga telah menolong dalam mendirikan Majlis perniagaan Malaysia-Amerika( Malaysia-US Business Council), Majlis perniagaan Malaysia-British (Malaysian-British Business Council ) dan Majlis perniagaan Malaysia-Indonesia( Malaysian- Indonesia Business Council). Beliau juga adalah merupakan pengarah bagi Majlis perniagaan Malaysia-China (Malaysia-China Business Council), Persidangan Perniagaan ASEAN (ASEAN Business Forum) dan juga Corporate Malaysia Roundtable Dato Yeoh mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan di bahagian kewangan selama 10 tahun iatu sebagai Penasihat Utama dan Penolong Presiden di Southern Bank.Beliau juga merupakan Pengarah bagi SB Venture Capital Corporation dan SBB Capital Markets Sdn Bhd. Beliau juga adalah merupakan ahli lembaga bagi SBB Asset Mamagement Company. Beliau mempunyai pengalaman mendalam dalam bidang Perubatan dan Pendidikan . Beliau telah diamanahkan oleh Menteri kewangan untuk menjadi ahli lembaga pengarah bagi Institut Jantung Negara. Beliau ialah pengasas dan pengarah Prime College dan juga MSC-Syme Business school(ditubuhkan dengan kerjasama Monash Univesiti, Australia). Beliau juga pernah menjadi pengarah Sunway College dan sekarang adalah ahli majlis Unversiti Terbuka Wawasan. Beliau adalah merupakan graduan Universiti Monash dalam bidang Ekonomi dan Perakaunan. Beliau telah menjalankan latihan pratikal di PriceWaterhouseCoopers di Melbourne. Beliau pernah menghadiri Aresty Institute of Wharton School in USA, Melbourne Business School dan UCLA’s Graduate School of Management. Sebagai Penasihat Pengurusan yang bertauliah beliau adalah pakar dalam bidang Corporate Strategic Planning, Asian Strategy dan Political Economy. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong-Presiden bagi Institute of Management Consultants dan juga Malaysian Institute of Director. Beliau adalah merupakan ahli bagi Institute of Directors,UK. Beliau juga merupakan ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara Pertama dan Kedua. Beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri ke panel Penasihat Perpaduan Nasional dan juga Suruhanjaya Diraja ke atas Polis. Beliau adalah merupakan Ahli Lembaga Amanah bagi National Unity Foundation dan World Islamic Economic Forum Foundation. Dato’ Yeoh juga telah mengarang beberapa buah buku bertemakan Pengurusan, Kempimpinan dan Politik Malaysia. Antara buku-buku yang dikarang oleh beliau ialah Vision & Leadership, Management Strategies for Malaysian Companies, Globalization and the New South and the Malaysian Chinese. Beliau juag sering dijemput untuk memberi ucpan di persidangan -persidangan antarabangsa yang dianjur oleh Asia Society New York, Young Presidents Organization, Institute of Southeast Asian Studies Singapore, Michigan Business School, Wilton Park UK, the Monash Asia Institute Australia dan juga Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).