hometext » INFO SUHAKAM » Kumpulan Kerja/ Jawatankuasa » ECOSOC
ECOSOC ECOSOC
LRITWG ECOSOC  IICC

 

KUMPULAN KERJA EKONOMI, SOSIAL & BUDAYA

Kajian dan pembangunan dasar yang berkaitan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan adalah dijalankan oleh Kumpulan Kerja Hak Ekonomi, Sosial & Kebudayaan (ECOSOC).

Fungsi-fungsi ECOSOC adalah seperti berikut:-

  1. Berdasarkan kepada Seksyen 4 (2) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597):- :
    1. menjalankan kajian berkaitan Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan dengan menganjurkan program, seminar dan bengkel; dan
    2. menyebar dan menerbitkan hasil kajian yang dijalankan.
  2. Mengutarakan kesukaran golongan rentan terutamanya daripada segi hak ekonomi dan sosial seperti hak kepada perumahan yang memadai, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Golongan rentan yang dimaksudkan adalah termasuk golongan miskin di bandar dan pedalaman, ibu tunggal, warga tua dan individu yang mengalami masalah mental.