JAWATANKUASA ISU DAN KERJASAMA ANTARABANGSA (IICC)
Latar Belakang
Bahagian Penyelidikan dan Dasar yang ditubuhkan pada 5 Julai 2004, telah diberikan nama Jawatankuasa Isu dan Kerjasama Antarabangsa (IICC) pada bulan Mei 2008 untuk memberi gambaran yang lebih tepat tentang fungsi-fungsinya.
Fungsi-fungsi Umum
Menjalin hubungan serantau dan antarabangsa serta mengoptimumkan kebergunaan hubungan, jaringan dan kerjasama dengan Institusi-institusi Hak Asasi Manusia Nasional (NHRI), dalam Forum NHRI ASEAN; Forum Asia Pasifik (APF); dan Jawatankuasa Koordinasi Antarabangsa untuk Institusi-institusi Nasional dalam Pemajuan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC);
Meningkatkan kecekapan dalam memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia melalui mekanisme hak asasi manusia yang terdapat dalam sistem PBB dan APF;
Mengaplikasikan pengalaman antarabangsa untuk memajukan inisiatif dan usaha SUHAKAM dalam negeri.