Jawatankuasa Hak Orang Asli (JKHOA) akan mengkaji semula masalah-masalah yang sering dihadapi oleh orang asal/asli di Malaysia dalam merealisasikan hak mereka. Selain tumpuan kepada hak tanah, JKHOA juga memahami bahawa orang asal/asli di Malaysia menghadapi masalah antara lain dalam perlaksanaan sistem perundangan, pendidikan dan ekonomi.
JKHOA akan bertanggungjawab untuk:
Memastikan tahap masalah dan jenis halangan yang menggugat hak orang asal/asli ke atas tanah mereka dan meningkatkan kesedaran, pemahaman dan pengetahuan semua pihak berkepentingan dalam hak orang asal/asli serta isu dan sistem berkaitan;
Menyemai kesedaran hak asasi di kalangan orang asal/asli;
Melaksanakan program dan aktiviti dalam mempromosi dan melindungi hak orang asal/asli;
Mewujudkan cadangan bagi membantu agensi kerajaan dan pihak lain yang berkepentingan dalam pemahaman lanjut, analisis dan membentuk penyelesaian yang sesuai yang boleh mengiktirafkan hak mereka.
Mengkaji hak orang asal/asli dari segi sosial, adat resam, kepercayaan dan politik.