Perpustakaan SUHAKAM yang ditubuhkan pada tahun 2002, terletak di tingkat 13 Pejabat SUHAKAM Kuala Lumpur Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail. Ia satu-satunya perpustakaan yang khusus untuk hak asasi manusia di Malaysia. Koleksi terdiri daripada buku, jurnal, prosiding persidangan, pita audio video, tesis dan disertasi. Semua dokumen boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Orang awam yang berminat dalam hak asasi manusia, terutamanya pelajar, pertubuhan bukan Kerajaan dan penyelidik boleh menggunakan bahan-bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan ini pada waktu pejabat. Buat masa ini, SUHAKAM tidak membenarkan pengguna luar meminjam buku atau apa-apa bahan dari perpustakaan.

Bagi lawatan berkumpulan ke perpustakaan, sila membuat temu janji. Hubungi pejabat SUHAKAM terlebih dahulu untuk mengaturkan lawatan anda supaya pustakawan bertugas dapat membantu dalam menjawab pertanyaan dan carian katalog.

SUHAKAM Lib SUHAKAM Lib SUHAKAM Lib

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tghari, 2.45 ptg – 4.30 ptg
Jumaat : 8.30 pagi – 12.15 tghari, 2.45 ptg – 4.30 ptg