PENGENALAN

Ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Anugerah Hak Asasi Manusia diberikan kepada individu, kumpulan, organisasi dan agensi yang mempunyai rekod yang cemerlang dalam memajukan hak asasi manusia di Malaysia. Penganjuran Anugerah ini juga sebahagian daripada usaha Suruhanjaya untuk menggalakkan hak asasi manusia dan untuk mengiktiraf sumbangan yang dibuat oleh individu-individu, kumpulan, organisasi dan agensi-agensi yang luar biasa.

OBJEKTIF

Objektif utama Anugerah Hak Asasi Manusia adalah:

  1. Untuk mengiktiraf individu, kumpulan, organisasi dan agensi cemerlang terhadap sumbangan mereka berkaitan hak asasi manusia di negara ini;
  2. Untuk menggalakkan persefahaman dan sokongan di kalangan masyarakat sivil atas usaha pembela hak asasi manusia;
  3. Untuk menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelbagai komuniti dan ahli masyarakat dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini.