Bahagian Koordinasi Antarabangsa menyelia dan membantu kerja-kerja dan penglibatan Suruhanjaya di peringkat serantau dan antarabangsa. Ini termasuk hubungan dan interaksi Suruhanjaya dengan institusi hak asasi manusia kebangsaan (NHRI) yang lain serta badan-badan serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan promosi dan perlindungan hak asasi manusia, termasuk mekanisme-mekanisme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan. Bahagian Koordinasi Antarabangsa juga bertanggungjawab untuk mengurus penglibatan dan aktiviti Suruhanjaya dalam jaringan-jaringan NHRI seperti Forum NHRI Asia Tenggara (SEANF), Forum Asia Pasifik NHRI (APF), Forum Komanwel NHRI (CFNHRI) dan Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa bagi NHRI (ICC), yang mana Suruhanjaya merupakan ahli.