Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam (PPRD) ditubuhkan pada bulan November 2015 untuk menggantikan Bahagian Perhubungan Awam. Di bawah struktur baharu ini, PPRD bertanggungjawab untuk melaksanakan salah satu fungsi teras Suruhanjaya dalam mempromosi kesedaran awam tentang hak asasi manusia serta membantu mempertingkatkan hubungan di antara Suruhanjaya dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.