Forum Asia Pasifik Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (APF) merupakan sebuah organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan terdiri daripada institusi hak asasi manusia nasional di rantau Asia Pasifik. APF membantu memudahkan penubuhan dan perkembangan institusi hak asasi manusia nasional dengan menyediakan latihan, jaringan dan perkongsian sumber.

APF kini mempunyai keahlian sebanyak 19 institusi hak asasi manusia nasional yang mewakili negara-negara di rantau Asia Pasifik. Keahlian APF adalah terbuka kepada semua institusi hak asasi manusia nasional di rantau Asia Pasifik yang mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Bagi Institusi-institusi Hak Asasi Manusia Nasional (ICC).

SUHAKAM telah diterima sebagai ahli penuh (institusi yang memenuhi standard minima Prinsip-prinsip Paris yang disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) oleh APF pada tahun 2002 dan telah mengambil bahagian dalam mesyuarat dan aktiviti APF semenjak itu.

Untuk maklumat lanjutan berkenaan APF, sila rujuk kepada: asiapacificforum dan video APF