Forum Komanwel Institusi Hak Asasi Manusia (CFNHRI) merupakan satu platform bagi membina rangkaian di kalangan mekanisme akauntabiliti negara dan berkongsi maklumat melalui pengalaman dan amalan terbaik hak asasi manusia.

Pada bulan Mei 2013, SUHAKAM telah dilantik sebagai Pengerusi CFNHRI selepas penggal Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia selama dua tahun berakhir. Suruhanjaya akan berkhidmat selama dua tahun sehingga Mesyuarat Dwitahunan akan datang, yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mac atau Mei tahun 2015. Selaku Pengerusi CFNHRI, SUHAKAM bertanggungjawab untuk menganjurkan mesyuarat, menyelaras dan merangka input bagi kenyataan, mengendali laman web, serta menyelaras projek mengenai isu tematik.

Untuk maklumat lanjutan berkenaan CFNHRI, sila rujuk kepada: CFNHRI

St. Julian’s Declaration on Climate Justice

Outcome Statement of 2015 Biennial Meeting of Commonwealth Forum of NHRIs (CFNHRI)

Kigali Declaration on Early and Forced Marriage