Bahagian Pembaharuan Perundangan dan Triti (LRTD)

Bahagian Pembaharuan Perundangan dan Triti (LRTD) menyokong fungsi Suruhanjaya bagi menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumus undang-undang, polisi dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa ianya adalah selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. LRTD juga turut bertindak bagi membantu Suruhanjaya untuk mengemukakan syor-syor kepada Kerajaan berhubung penyertaan atau ratifikasi kepada triti dan mana-mana instrumen antarabangsa hak asasi manusia lain.