Proses Inkuiri Nasional

    1. PENYELIDIKAN
      • Penyelidikan akan dijalankan oleh penyelidik-penyelidik dari Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah & Universiti Malaysia Sarawak. Isu-isu, fakta-fakta, analisa undang-undang, amalan dan prosedur yang melibatkan tanah Orang Asli/Asal  akan dikaji berdasarkan piawaian dan undang-undang  antarabangsa.
    2. PENGENALAN 
      • Sesi pengenalan telah dijalankan di Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia untuk mengumpul maklumbalas dari pihak Kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan,  ahli-ahli akademik, media, peguam serta Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli-ahli Parlimen mengenai isu-isu relevan berkaitan inkuiri nasional.
    3. PERUNDINGAN
      • Sesi perundingan akan dijalankan oleh SUHAKAM dengan komuniti Orang Asal/Asli, jabatan-jabatan & agensi-agensi Kerajaan, badan-badan bukan Kerajaan,  sektor swasta dan orang awam yang boleh membantu dalam inkuiri ini.
    4. PENGHUJAHAN AWAM
      • Sesi penghujahan awam (public submissions) akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat (lisan / bertulis) dari mana-mana orang awam  yang ingin memberi maklumat berkaitan Terma Rujukan Inkuiri Nasional.
    5. PENDENGARAN AWAM
      • Sesi pendengaran awam (public hearings) akan dijalankan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bukti dari saksi-saksi (secara sukarela atau melalui sapina).  Sesi ini akan dijalankan di beberapa kawasan yang mempunyai akses sekitar Sabah, Sarawak & Semenanjung  Malaysia.
    6. MERANGKA SYOR  & PENULISAN LAPORAN
      • Proses Inkuiri Nasional akan direkodkan dalam satu laporan bertulis. Laporan tersebut juga mengandungi keputusan serta syor-syor SUHAKAM mengenai hak tanah Orang Asli/Asal.
    7. PELANCARAN LAPORAN & SUSULAN
      • Laporan akan dilancarkan dan dimajukan kepada Kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan, Parlimen, media, badan korporat dan orang awam.  Proses susulan akan dijalankan secara berterusan oleh SUHAKAM bagi memantau pelaksanaan syor-syor dalam laporan inkuiri ini.