TERMA RUJUKAN INKUIRI NASIONAL

Berikut adalah Terma Rujukan Inkuiri Nasional SUHAKAM:-

    1. Untuk menentukan pengiktirafan hak tanah Orang Asal/Asli berdasarkan perlembagaan, undang-undang, pentadbiran dan politik serta keberkesanannya dalam melindungi dan mempromosi hak Orang Asal/Asli kepada tanah;
    2. Untuk menyelidik keadaan hak tanah Orang Asal/Asli dan kesan pengiktirafannya terhadap hak sosial, ekonomi, budaya dan politik, dengan mengambilkira undang-undang antarabangsa serta domestik yang berkaitan;
    3. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang Orang Asal/Asli dari merealisasi hak asasi terhadap tanah berasaskan keperluan mereka;
    4. Untuk memupuk serta mempromosi lebih kesedaran, pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang hak Orang Asal/Asli kepada tanah dan cara hidup mereka;
    5. Berdasarkan hasil penyelidikan Inkuiri Nasional, merangka syor-syor untuk perhatian kerajaan Persekutuan dan Negeri yang merangkumi, antara lain, aspek-aspek berikut
      • kajian semula perundangan domestik tanah serta lain-lain perundangan dan polisi yang berkaitan, dengan tujuan menerapkan pendekatan hak asasi manusia, yang seterusnya akan menangani masalah tuntutan tanah adat di kalangan Orang Asal/Asli; dan
      • perumusan strategi-strategi dan pelan tindakan yang menekankan komponen perlindungan dan promosi hak Orang Asal/Asli kepada tanah sebagai aspek penting dalam melindungi dan mempromosi lain-lain hak asasi Orang Asal/Asli.