hometext » AKTIVITI » Anugerah Tokoh Hak Asasi Manusia 2011 » Panduan Pencalonan
Panduan Pencalonan Panduan Pencalonan

ANUGERAH TOKOH HAK ASASI MANUSIA 2011

 

PENCALONAN

Pencalonan Anugerah Hak Asasi Manusia 2011 ini adalah terbuka kepada semua. Pencalonan boleh dilakukan oleh individu atau pertubuhan bukan kerajaan atau kebajikan atau agensi kerajaan.


PANDUAN PENCALONAN

Cara-cara membuat pencalonan:

1. Mengisi borang pencalonan
2. Memberi penjelasan mengenai pencapaian yang diperolehi, sebagai contoh:
  a. Deskripsi dan fakta utama pencapaian
  b. Impak terpenting dan pembangunan positif atas pencapaian tersebut
  c. Elemen-elemen dan sumbangan yang dicapai
  d. Cabaran utama
3. Kemukakan gambar, klip video dan lain-lain bahan multimedia, sekiranya ada, yang menggambarkan pencapaian dan memberi maklumat tentang personaliti dan latarbelakang calon

Untuk layak dicalonkan, calon mestilah telah membuat sumbangan kepada promosi dan perlindungan hak asasi manusia di Malaysia dan aktif sekurang-kurangnya dalam salah satu daripada bidang-bidang mengikut Kriteria Pemilihan dalam masa dua atau tiga tahun sebelum ini, khususnya antara 31 Oktober 2010 dan 1 November 2011 tetapi tidak terhad kepada tarikh tersebut.


PENGHAKIMAN
Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.


Pengumuman Pemenang:
Pemenang akan diumumkan pada satu majlis makan tengah hari yang akan diadakan pada Sabtu 10 Disember 2011 di Kuala Lumpur.


PENCALONAN DITUTUP PADA 5.00 Petang Selasa 1 November 2011