hometext » AKTIVITI » Anugerah Tokoh Hak Asasi Manusia 2011 » Kriteria Pemilihan
Kriteria Pemilihan Kriteria Pemilihan

ANUGERAH TOKOH HAK ASASI MANUSIA 2011


KRITERIA PEMILIHAN:

Untuk layak dicalonkan, peserta mestilah telah membuat sumbangan kepada promosi dan perlindungan hak asasi manusia di Malaysia sekurang-kurangnya dalam salah satu daripada bidang-bidang berikut dan aktif dalam bidang tersebut dalam masa dua atau tiga tahun sebelum ini, khususnya antara 31 Oktober 2010 dan 1 November 2011 tetapi tidak terhad kepada tarikh tersebut:

i. Mengambil tindakan bagi mengatasi diskriminasi atau pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia
ii. Menggalakkan keharmonian yang lebih besar antara rakyat berlainan bangsa atau asal usul etnik, agama, jantina, umur atau perbezaan lain di Malaysia
iii. Meningkatkan hak-hak Orang Asli/Asal di Malaysia
iv. Menggalakkan peluang yang sama untuk orang kurang upaya di Malaysia
v. Sumbangan cemerlang untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dalam masyarakat dan negara
vi. Peningkatan kesedaran tentang isu-isu ketidakadilan atau ketidaksamarataan di Malaysia


Penghakiman:

Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayani.


Pengumuman Pemenang:

Pemenang akan diumumkan pada satu majlis makan tengah hari yang akan diadakan pada Sabtu 10 Disember 2011 di Kuala Lumpur.