| | Proses Inkuiri Nasional - PENYELIDIKAN
Penyelidikan akan dijalankan oleh penyelidik-penyelidik dari Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah & Universiti Malaysia Sarawak. Isu-isu, fakta-fakta, analisa undang-undang, amalan dan prosedur yang melibatkan tanah Orang Asli/Asal akan dikaji berdasarkan piawaian dan undang-undang antarabangsa. - PENGENALAN
Sesi pengenalan telah dijalankan di Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia untuk mengumpul maklumbalas dari pihak Kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan, ahli-ahli akademik, media, peguam serta Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli-ahli Parlimen mengenai isu-isu relevan berkaitan inkuiri nasional. - PERUNDINGAN
Sesi perundingan akan dijalankan oleh SUHAKAM dengan komuniti Orang Asal/Asli, jabatan-jabatan & agensi-agensi Kerajaan, badan-badan bukan Kerajaan, sektor swasta dan orang awam yang boleh membantu dalam inkuiri ini. - PENGHUJAHAN AWAM
Sesi penghujahan awam (public submissions) akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat (lisan / bertulis) dari mana-mana orang awam yang ingin memberi maklumat berkaitan Terma Rujukan Inkuiri Nasional. - PENDENGARAN AWAM
Sesi pendengaran awam (public hearings) akan dijalankan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bukti dari saksi-saksi (secara sukarela atau melalui sapina). Sesi ini akan dijalankan di beberapa kawasan yang mempunyai akses sekitar Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia. - MERANGKA SYOR & PENULISAN LAPORAN
Proses Inkuiri Nasional akan direkodkan dalam satu laporan bertulis. Laporan tersebut juga mengandungi keputusan serta syor-syor SUHAKAM mengenai hak tanah Orang Asli/Asal. - PELANCARAN LAPORAN & SUSULAN
Laporan akan dilancarkan dan dimajukan kepada Kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan, Parlimen, media, badan korporat dan orang awam. Proses susulan akan dijalankan secara berterusan oleh SUHAKAM bagi memantau pelaksanaan syor-syor dalam laporan inkuiri ini. | |
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA Tingkat 11 Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Tel: 03 2612 5600 / Faks: 03 2612 5620 Emel: inkuirinasional@suhakam.org.my | | | | Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768. | Tarikh Kemaskini
22 November 2012 08:03 AM
| | | |