hometext » Footer Menu » Terma & Syarat
Terma & Syarat Terma & Syarat

Penolak Tuntutan Laman Web

Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah terpakai dalam penggunaan laman web ini. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat ini. Sekiranya anda tidak menerima terma-terma dan syarat-syarat ini, anda mestilah berhenti daripada menggunakan laman web ini.

Istilah
Dalam terma-terma dan syarat-syarat laman web ini, penggunaan perkataan "kami" merujuk kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ('SUHAKAM'). "Anda" atau "pengguna" merujuk kepada sama ada pelawat atau ahli laman web ini.

Pindaan Terma-terma Dan Syarat-syarat
Kami berhak untuk membuat pindaan terhadap terma-terma dan syarat-syarat ini dari masa ke masa tanpa memberi sebarang notis pendahuluan. Pindaan yang dibuat akan berkuat kuasa serta-merta setelah ianya dipamerkan di laman web. Dengan menggunakan laman web ini, anda menyatakan persetujuan anda untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipinda.

Penolak Tuntutan

  1. SUHAKAM ialah pemilik laman web SUHAKAM.
  2. Kandungan laman web SUHAKAM adalah untuk tujuan memberi maklumat semata-mata. Penggunaan maklumat-maklumat dan data (dalam sebarang bentuk) adalah di atas risiko pengguna sendiri.
  3. Maklumat dan data yang diterima oleh SUHAKAM daripada individu perseorangan yang dipamerkan di laman web ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau sokongan SUHAKAM terhadap pandangan atau pendapat yang dinyatakan di dalamnya.
  4. Sementara SUHAKAM berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai di laman web ini, SUHAKAM tidak membuat sebarang penyataan, secara nyata atau tidak, berkenaan ketepatan maklumat dan data yang terkandung dalam laman web ini. Sekiranya anda bergantung kepada maklumat yang terkandung dalam laman web ini, anda bertanggungjawab untuk menentukan ketepatan, keterkinian, dan keterperinciannya dengan pengesahan sendiri.
  5. SUHAKAM tidak menerima sebarang liabiliti terhadap sebarang kerugian atau kemusnahan, walau atas apa-apa sebab (termasuklah melalui kecuaian) yang mungkin anda hadapi, secara terus atau tidak, disebabkan anda menggunakan laman web ini atau mana-mana laman web pautan yang lain. Kami juga tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang berpunca daripada penggunaan dan kebergantungan anda terhadap maklumat dan data yang terkandung dalam laman web ini (termasuklah terjemahannya).
  6. SUHAKAM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penerbitan semula maklumat dan data yang terkandung dalam laman web ini.
  7. SUHAKAM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan atau kemusnahan ke atas komputer, perisian atau data pengguna yang terjadi disebabkan oleh penggunaan laman web ini atau mana-mana laman web pautannya.
  8. SUHAKAM tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan laman web ini atas sebarang sebab pun.
  9. SUHAKAM menolak liabiliti terhadap sebarang maklumat atau pesanan yang terkandung dalam e-kad yang telah dipamerkan atau yang dihantar oleh pengguna.
  10. Anda bersetuju bahawa SUHAKAM tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga terhadap sebarang pengubahsuaian, penggantungan dan pemberhentian laman web ini.

Hak Cipta
Hak cipta laman web ini (termasuk teks, grafik, logo, ikon dan rakaman bunyi) adalah milik atau dilesenkan kepada SUHAKAM. Selain daripada tujuan-tujuan yang dibenarkan di bawah Akta Hak Cipta 1987(Akta 332), anda tidak dibenarkan dalam apa-apa bentuk dan cara sekalipun:

  1. mengambil, mengguna, menerbitkan semula, menyimpan, mengedarkan, mempamerkan, menerbitkan atau mencipta karya terbitan daripada mana-mana maklumat atau bahagian laman web ini;
  2. mengkomersialkan sebarang maklumat, produk atau perkhidmatan yang diterima dari mana-mana bahagian laman web ini;

tanpa kebenaran kami.

Ahli-ahli

  1. Untuk memungkinkan anda mempamerkan maklumat dalam forum perbincangan, anda mestilah menjadi ahli. Untuk menjadi ahli, anda mesti melengkapkan maklumat pendaftaran seperti mana yang dikehendaki di laman web ini.
  2. Kami berhak untuk membatalkan keahlian anda pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi sebarang alasan pembatalan.
  3. Pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat membolehkan SUHAKAM membatalkan keahlian anda secara automatik.

Pages: 1  2