Komen : ISA dan undang-undang tahanan tanpa bicara harus dimansuhkan. Jika seseorang telah melakukan kesalahan, beliau harus dituduh dan diberikan bicara adil di Mahkamah terbuka. ISA dan undang-undang tahanan tanpa bicara tidak memberikan hak kepada mereka yang ditahan hak membela diri - dan kesemuanya bergantung kepada budibicara polis (untuk tahanan 60 hari pertama) dan seterusnya Menteri yang mempunyai kuasa mengeluarkan perintah tahanan 2 tahun setiap kali untuk jangkamasa sapertimana Menteri mahukan. Kamu tidak poleh mencabar alasan penahanan tersebut di Mahkamah - dan oleh kerana ini, kuasa ini senang disalahgunakan dan tidak ada apa-apa 'check and balance'.
Ramai yang tidak dapat memahami kekejaman dan ketidakadilan undang-undang ini sehingga mereka, ahli keluarga atau kenalan menjadi mangsa.
Mereka yang ditahan dibawah ISA kini jumlahnya kecil tetapi yang masih ditahan di bawah undang-undang tahanan tanpa bicara yang lain masih ribuan.
Mansuhkan ISA dan semua undang-undang tahanan tanpa bicara. Tidak ada siapa yang harus dinafikan kebebabasannya tanpa terlebih dahulu dibuktikan bersalah di Mahkamah, di mana terdapat hak membela diri .
Name : Zaidi Email : mzbcm@hotmail.com
Komen : Sebagai seorang warga Malaysia yang neutral dalam politik, sudah tentu saya mahu melihat pada satu hari nanti kebebasan peribadi rakyat Malaysia berlaku seperti yang dinyatakan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Saya juga inginkan perundangan untuk benar-benar melindungi dan mengawal keselamatan negara. Bagi saya, ISA tidak seharusnya dimansuhkan tetapi ia perlu disusun semula dengan teliti, dan ISA tidak boleh menjadi undang-undang khas negara lagi. Ini bermakna ia hendaklah tertakluk kepada Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan juga tertakluk kepada Semakan Kehakiman. Penyusunan semula ini hendaklah dikhususkan untuk menjaga keselamatan dalam negara dan tanpa dikelirukan oleh mana-mana individu, parti-parti politik, agensi-agensi penguatkuasaan dan sebagainya. Kerajaan harus menggunakan Akta tersebut atas sebab-sebab keselamatan dan tanpa mengeksploitasinnya sama ada untuk mencapai kepentingan individu atau politik atau untuk mana-mana agenda lain.
Nama : KC Chan E-mel : meme662002@yahoo.com
Komen: ISA adalah kaedah lama untuk menahan penjenayah yang disyaki terlibat dalam jenayah sirius. Akta keselamatan dalam negara ini telah di gubal pada masa komunisme sedang memberi tekanan serius kepada negara. Kebelakangan ini dengan mengekalkan ISA, ia hanya memperingatkan kepada dunia bahawa Malaysia masih negara komunis. Walaupun Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang mengamalkan ISA, ia tidak bermakna politik kita dipandang sebagai berkembang. ISA dibentuk untuk menjejaskan hak asasi manusia, ia bukan alat untuk untuk melindungi manusia dalam millenia ini, tetapi ahli-ahli politik dan pihak berkuasa telah menggunakannya untuk mencapai agenda masing-masing. Sudah tentu pada masa tertentu kita masih boleh menahan seseorang yang melakukan kesalahan tetapi ia boleh dilaksanakan dengan cara yang aman. Kita semua adalah sama dan tergulung dalam satu kategori – manusia – walaupun pada ketika tertentu kita telah melakukan sesuatu yang jelik, sifat kita masih sama.
Nama : apiz E-mel : fratelo_amare@yahoo.com
Komen : ISA masih lagi relevan hingga hari ini. Bagaimana pun beberapa perubahan kecil boleh menjadikan ISA lebih sesuai dan diterima oleh rakyat Malaysia. Terdapat banyak undang-undang yang diamalkan oleh pihak perundangan mendatangkan hasil yang kurang berkesan…mereka yang “berpangkat” masih lagi berjalan dengan gah walaupun mereka telah melakukan jenayah yang sirius atau melanggar peraturan!!!!
Nama : Razim Mahfuz Tarikh : Saturday, 11 July 2009
Komen: ISA masih diperlukan tetapi undang-undangnya mestilah diberi ruang untuk diteliti semula sama ada alasan penahanan di dalam kerangka Fasal 149 Perlembagaan Negara dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Jika penangkapan atau penahanan telah mengatasi Perlembagaan, pihak polis atau Menteri adalah dikira lebih berkuasa daripada Perlembagaan Negara, undang-undang persekutuan yang bertulis dan juga undang-undang mahkamah. Untuk mengurangkan penahanan daripada 60 hari kepada 28 hari tidak memberi sebarang kesan. Bahkan di Thailand askar boleh menahan seseorangyang disyaki selama 7 hari tanpa perbicaraan dan juga di bawah Akta Keganasan British, seseorang yang disyaki boleh ditahan tanpa perbicaraan selama 14 hari. Sebagai penutup, adalah dicadang supaya akta ini dimansuhkan sama sekali kerana dia tidak relevan. Jika berlaku sesuatu keadaan darurat diistiharkan, pihak berkuasa masih boleh membuat undang-undang bertulis (tanpa persidangan Parlimen) sama seperti ISA atau lebih teruk daripada itu.
Nama : Lim Tarikh : Tuesday, 26 May 2009
SEBARANG AKTA yang menyokong penahanan tanpa perbicaraan adalah sesuatu yang sangat tidak adil. Jika anda ingin mengatasi pengganas-pengganas yang disyaki, mereka haruslah dibawa ke mahkamah dan tidak ditahan bagi tempoh yang tidak ditentukan. Jika didapati kita mesti menghadapi masalah pengganas yang disyaki, mengapa kita tidak hadapinya secara terus daripada menahan mereka dan membazirkan sumber awam yang sangat berharga. Adalah lebih baik ISA dimansuhkan dan satu undang-undang yang menyediakan pembicaraan adalah satu jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
Nama : hisham
Komen : Bercakap mengenai ISA, saya berpendapat ianya sudah lapuk. Ia nampak serupa dengan KGB cuma hurufnya yang berbeza. Adakah terdapat Hak Asasi Manusia di Malaysia? Saya rasa tidak, kerana orang ramai takut untuk membuka mulut mereka kerana mungkin akan dikenakan tindakan ISA. Kita tidak boleh mengadakan rapat umum. Jika anda pergi ke satu rapat umum mungkin anda yang akan menghadapi tindakan ISA. Anda tidak boleh meminta seseorang untuk memakai hitam kerana ia boleh ditakrif sebagai ‘hasutan’. Negara kita tidak boleh maju dengan ISA ini. Pada pandangan saya sebuah negara yang sihat adalah sebuah negara di mana kita boleh mengkritik sesiapa yang kita hendak atau bercakap mengenai apa sahaja perkara tanpa dimasukkan ke dalam penjara. MANSUHKAN ISA!