1. Merancang, mengurus dan menjalankan proses perolehan, langganan, pemprosesan, pengkatalogan, penjilidan, pemuliharaan dan pelupusan bahan bacaan perpustakaan;
  2. Menjalankan kerja-kerja mengindeks artikel terbitan bersiri terpilih yang dilanggan;
  3. Merancang, mengurus dan menyelenggara perkhidmatan maklumat elektronik serta membangunkan kandungan digital bahan perpustakaan;
  4. Merancang, mengurus dan melaksanakan perkhidmatan maklumat dan rujukan serta perkhidmatan edaran kepada pegawai dan kakitangan.